Thursday, August 13, 2009

LCD INFO BOARD & SMSTJ INFO DIGITAL








Dalam zaman digital ini, penyebaran maklumat bukan hanya tertumpu pada bahan bercetak sahaja. SMSTJ sebagai sekolah bestari telah menerajui penyebaran maklumat dalam bentuk digital. Dalam projek LCD Info Board dan SMSTJ Info Digital, semua pengumuman, infor terkini, aktiviti sekolah dan gambar-gambar telah didokumentasikan dalam bentuk digital.

Tujuan projek ini adalah untuk menyebarkan maklumat terkini kepada warga SMSTJ, meningkatkan kepekaan wrga SMSTJ terhadap aktiviti yang dijalankan di sekolah dan mendokumentasikan semua aktiviti sekolah dalam bentuk digital.

En. Kamarulzamri b Bakar selaku penyelaras Bestari telah bertanggungjawab dalam melaksanakan projek ini. Beliau dikehendaki untuk mengemaskinikan maklumat dalam LCD dan TV, mengambil gambar dalam setiap aktiviti sekolah dan membuat laporan.

Maklumat yang terkandung dalam LCD Info Board itu adalah seperti kata-kata aluan, tarikh, masa dan tajuk public speaking. Manakala maklumat dalam SMSTJ Info Digital terdiri daripada maklumat sekolah (visi, misi, moto, no. tel., no. faks dan alamat), pengumuman penting daripada pengetua / GPK, aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah, gambar-gambar aktiviti, nama guru bertugas dan nama warden bertugas serta takwim bulanan sekolah.

Adalah menjadi harapan sekolah bahawa projek ini akan menjadi titik perubahan kepada warga SMSTJ untuk mendapat maklumat terkini dalam bentuk digital. Semoga projek ini akan membawa SMSTJ ke arah kecemerlangan dalam dunia ICT.